Saturday, 12 December 2015

Resepi #Izzatikitchen : Iced Green Tea / Matcha Milk / Susu Teh Hijau Ais. (Edisi Mudah Ya Amat).



As - Salam

Mohon SKIP ke resepi terus kalau taknak membaca kisah perjalanan mencari green tea milk edisi Izzati ye *entah ape-apeje* ..

Sekarang ni kan musim teh hijau,melambak dan berduyun-duyun orang menjual dan beli.. Izzati pun memang suka sangat dengan green tea even before green tea jadi viral heheh.. makanya Izzati pun pegi le mencari di kuala dan kawan-kawan Izzati yang recommendkan stall air mana yang sedap,memule nak pergi beli kat Brader Kopi tapi 2-3 kali pergi asyik takda rezeki je (asal pegi je tutup asal tutup je pergi *lawak hambar lagi entah ape-ape* sampai naik menyampah kot hahaha ..

Lepastu kawan Izzati perkenalkan green tea milk yang dijual dalam arena kuala,jenama dia lupe la pulak tapi logo gambar baby,anak owner tu kot.. dia guna bekas bermacam jenis dan kita boleh pilih nak guna bekas ape,tapi harga ada yang lain-lain.Dari segi rasa sedap jugak dan kami pilih bekas 'Drink Bags',besar dan penuh jugak,sejujurnya bekas ziplock tu memang menarik perhatian dan nampak macam ala-ala hipseterss gituww.. *geli teman dengan ayat sendiri* pandai diorang tarik pembeli kan,good marketing strategy heheh ..

Lepastu ada kawan-kawan lain pulak yang suruh try rasa green tea milk di Border's Tea,memang betul sedap,antara yang tersedapla pada tekak Izzati la,pekat dan gedabak besar,untuk orang yang kuat minum macam Izzati ni memang best la.. Bancuhan dia pekat dan tak tawar lepastu tambah Rm00.50sen je untuk bekas size XL,diorang jugak ada buat minuman panas dan bekas size L diorang pun nampak 'mewah' dan hipsters ugak *erkk??*..

- TAMAT Sudah Alkisah Ini -
*I know its weird.. just ignore it..*


RESEPI SUSU TEH HIJAU (Buatan Sendiri / Homemade).


Bahan - Bahan :-

- Serbuk Teh Hijau / Green Tea Powder / Matcha Powder / Green Tea Leaf / Daun Teh Hijau (hat ni Izzati guna daun teh hijau yang dikisar kasar).
(same je semua cuma nama aje lain,lagi mahal selalunya lagi berkualiti dan kalau dapat yang premium quality atau organik punya lagi best).

- Susu Pekat
(sebagai pemanis dan perasa susu,wajib letak).

- Susu Cair
(sebagai penambah rasa lelemak manis tapi tak over sangat pun dan optional tapi kalau letak ni lagi sedapla rasa dia).


Cara - Cara : -

- Masukkan satu sudu serbuk teh hijau kedalam air panas / suam kemudian rendamkan sekejap dan tapis.

- Masukkan pula dua sudu susu pekat manis (ikut citarasa masing-masing) dan akhir sekali masukkan dua sudu susu cair (yang ni pun ikut citarasa masing-masing ye).

- Kacau sebati sambil berzikir / selawat Nabi dan kacau ikut arah lawan jam tau.

- Lepastu kalau nak minum panas atau suam boleh terus minum dan kalau nak sejuk boleh letak dalam peti sejuk atau letak ais.

- Recipe DONE! -


Izzati tak beli yang jenis serbuk tu (selalunye kalau jenis serbuk asal dia dari Jepun dan selalunye harga mesti mahal pasal kualiti dia elok),yang ni produk halal dari Thailand,kebanyakan stall air yang jual air greentea guna teh hijau jenama ni.Teh ni Izzati beli kat instashop je .. dah melambak orang jual,offline pun dah ada rasanye ..




Hat ni sume Izzati punye gambar,maaple gambonye idokle lawo pon .. tapi boleh le jelas nampok ape dia mendenye yang dicapturekan .. hahaha ..


Bau dia perghh~ memang harum semerbak dan dia punye warna air tapisan pun warna hijau kuat .. rasa risau pun ada jugak pasal takut kot diorang guna pewarna atau terlalu banyak pewarna tiruan .. Apa-apa pun jangan minum selalu ehh .. minum bersederhana je okay ..



Notis Penting : Kalau ada yang rasa nak buat ni pun susah mohon potong tangan dan korek otak keluar  sebab pemalas sangat.* buttt .. sometimes i'm included.. ngek sangat kan.. I know the feelings..*.


*Maklumat Tambahan : Dekat instagram ada banyak orang jual serbuk green tea tu,korang kena survey dan pilih harga yang rendah tapi jangan sampai tertipu dah la okay,dekat kedai runcit atau bakeri pun mungkin dah ada yang jual,cuba tengok nanti kalau andaikata nak beli,selalunya kalau dekat kedai bakeri yang high standard ni diorang jual serbuk green tea yang organik atau yang kualiti tinggi,dulu Izzati ada pergi kedai bakeri nak beli barang kek dan terjumpa serbuk green tea tapi tak ingat berape gram atau 1kg,rm83.++ tak silap,1kg kot,kualiti tinggi dan organik tak silap,insyaAllah akan dibeli *inserts happy face* muwahahah xP .. Mohon abaikan kalau rasa pelik..


Okaylah tu aje rasenya untuk entry kali ni,nanti Izzati akan update entry ni dan masukkan gambar step by step Izzati buat air ni.. Till then,see ya next time! Mmuahh!..


Thanks a Bunch for Reading this Entry! ~

4 comments:

  1. sape2 nk beli tea hijau thailand
    boleh order ngan saya
    pasti murahh..
    whatApps 0139059925

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum..kak jual brpe sebungkus teh tu??

      Delete
  2. Green tea ni mmg banyak pewarna x elok minum selalu.

    ReplyDelete