Sunday, 20 December 2015

Resepi #Izzatikitchen : Fudge (Super Easy / Sangat Senang).

As-Salam ..

Baru semalam post resepi chocolate brownies,harini dah post resepi fudge pulok,see? sangat - sangat komited kan ? *muwahahah!* .. disebabkan malam semalam dok godek-godek pinterest maka dapat idea lagi nak post resepi ape.Fudge ni dah bertahun dulu dah Izzati godek-godek tapi tak berkesempatan nak buat dan sebenarnya belum buat pun lagi tapi sesaje rajin nak post resepi dulu baru buat,nanti bila Izzati dah buat baru update entry ni dan letak gambar hasil pembuatan Izzati sekali ye.But for now please just enjoy the recipe first. Muahh! .. (malas nak type panjang citenye ..).


Resepi / Recipe : Fudge ( 2-Ingredients or variety / 2-Bahan atau pelbagai).

Bahan / Ingredients : -

- 1 atau 3/4 Tin Susu Pekat Manis  / 1 or 3/4 can Sweetened Condensed Milk

- 3 atau 2 1/2 cawan Coklat Hitam butang atau coklat kompaun (boleh guna coklat putih dan coklat perisa lain) / 3 or 2 1/2 cups Dark Chocolate Button / Chocolate Compound (you can use white chocolate and any other chocolates).

* - 1 sudu kecil Esen Vanila / 1 teaspoon Vanila Essence (optional / tak wajib pun letak).*

* - 1 cawan buah Kranberi kering atau Apa-apa buah kering dan kekacang / 1 cup Dried Cranberry / Raisins / Any Dried Fruits and nuts (Optional / Tak letak pun takpe).*

* - 1/4 atau 1/2 cawan mentega / 1/4 or 1/2 cup butter (totally optional / tak letak pun takpe).

*OPTIONAL / TAKYAH LETAK PUN TAKPE YE.


Cara-cara / Instruction : -

1. - Mula - mula cairkan coklat tadi dengan kaedah double boiler.
- Firstly you need to melts the chocolate using double boiler method.

2. - Lepas coklat dicairkan sebati,biarkan suam (jangan panas dan jangan sampai sejuk) dan campurkan susu pekat ke dalam coklat tadi dan kacau sebati.Kalau nak letak buah kering yang dicincang atau dipotong kecil pun boleh dan kacau sebati.

- After the chocolate is well melts,let it cool down to only warm (not too cool nor too hot,just warm) and you put the condensed milk in the chocolate and mix it well.If you want to add dried fruits,just mix them all together.

3. - Kemudian setelah dikacau sebati,letakkan baking paper atau kertas minyak di permukaan bekas atau baking tray yang lebar dan nipis (ikut suka korang nak tebal nipis ke cane ye) dan tuangkan adunan pekat tadi ke dalam bekas 8inci  / 9inci tersebut sambil tekan padat dan spread bancuhan tu bagi sama rata dengan menggunakan spatula (dia sepatutnya jadi agak pekat atau pekat ye adunan tu).

- And then after you mix it well,put a baking paper on top of the 8inch / 9inch tray that you desire (I suggest you to used a wide and thin baking tray) and pour the batter to the tray and spread it evenly using spatula (the batter supposed to be quite thick or thick).

4. - Akhir sekali letakkan dalam peti sejuk dan biarkan paling kurang 2 atau 3 jam untuk mengental atau mengeraskan fudge tu tadi.

- Last but not least,put them in the fridge for at least 2 or 3 hours to let it cool and set.

5. - Korang guna dua bahan je pun dah cukup tau (susu pekat dan coklat masakan).. Selepas disejukkan,bawa keluar dan biarkan 5 atau 10 minit macamtu kemudian potong dan nikmati! ..

- You can even use only two ingredients you know (condensed milk and chocolate).. After it cools,get it out of the fridge and let it rest at room temperature for about 5 or 10 minutes and then you cut it and enjoy! ..


- SIAP! / DONE! -


Contoh Gambar Fudge / Credits to Google



Heheh ..  senang ya amat kan? Izzati rasa Izzati akan suka sangat buat ni sebab senang lepastu enjoy sangat,sedap pulak tu!.Banyak sangat idea untuk mempelbagaikan resepi fudge ni,kita boleh tambah hampir ape saje dalam adunan dia dan boleh makan dengan apa saje,best kan!? tapi pastikan jangan terlebih makan udahlah,karang tak pepasal dapat macam-macam penyakit .. heheh ..

English Translation : -
Heheh .. it's super easy right? I think I will love making them as they were enjoyable and yummy!. The idea on what to do with it almost endless since you could almost add anything in it and eat anything with it,how great is that!? just make sure you don't overeat it them though,i'm sure you don't want to be diagnosed with diabetic hehe ..

Notice : I'll update this entry later to put some photos of the process and finished product.Sorry for the inconvenience! .. Muahh!.


Thanks a bunch for reading this entry! ~

Saturday, 19 December 2015

Resepi #Izzatikitchen : Chocolate Brownies / Brownies Kedut (Dark Chocolate).

As- Salam ..

Harini Izzati nak share satu resepi brownies dan resepi ni Izzati guna resepi dari Makcik Ita *Makcik ke Kakak?* nvm lah..(Resepi asal dari Azlita Masam Manis).Sebenarnya dah berkurun dah brownies jenis berkedut ni orang buat tapi waktu dulu tak popular sangat macam sekarang ni..

Izzati lebih suka buat dari makan sebenarnya,percaya atau tak bila kita sendiri masak ke ape mesti kita makan sikit je ataupun langsung tak makan,macam Izzati,Izzati makan jugak tapi tak banyak,tak tahu la kenape macam tu,kalau beli memang makan betul-betul atau pun kalau mak masak *tu takyah cakapla*..

Pada pendapat izzati,buat brownies memang mudah ya amat dan enjoyable.Mak dan abang Izzati pun minat brownies jadi rajin la jugak buatnya,Brownies ni ada macam-macam tekstur dan tahap kelembapan dia bergantung pada bahan dan teknik atau method.Macam mak dan ibu saudara Izzati,diorang suka tekstur macam kek yang gebu,padat tapi lembap dan fudgy,Izzati sendiri pun suka macamtu,sekarang ni popular yang jenis chewy kan.. diorang tak suka yang chewy,tak semua orang suka yang chewy + fudgy ye..

Izzati dan keluarga sangat prefer dark chocolate sebab ada rasa pahit-pahit sikit dan tak manis sangat selain lagi baik dari milk chocolate (dari segi kesihatan).. Pendek kata ikut selera masing-masing la kan..


RESEPI : - Chocolate Brownies (Edisi Dark Chocolate).

Bahan- Bahan : -

- 400gm coklat masakan / coklat kompaun / coklat butang (beryl's dark chocolate).
- 150gm mentega tanpa garam / unsalted butter.
- 100gm gula perang / brown sugar.
- 100gm gula kastor / castor sugar.
- 4 biji telur gred A / whole eggs (Gred A)
- 1 sudu teh esen vanila / 1 teaspoon vanila essence.
- 100gm tepung naik sendiri / self-raising flour.
- 30gm serbuk koko / coco powder (beryl's / van houten / tudor gold is a good choice).

Cara - Cara : -

- Potong kecil / potong kiub / hancur kasar coklat masakan atau coklat kompaun.

- Satukan coklat masakan dan mentega dalam bowl double boiler dan gunakan kaedah double boiler untuk melts kan atau sebatikan dan larutkan coklat dan mentega.Gaulkan rata dan sebati.

- Dalam bekas yang lain,satukan gula perang dan gula kastor,telur dan esen vanila,gaul rata menggunakan wire whisk je.

- Satukan serbuk koko dan tepung tadi dalam satu bekas yang lain dan diayakkan.

- Tuangkan pula adunan telur,esen vanila dan dua-dua jenis gula ke dalam adunan coklat masakan yang masih suam atau panas sedikit tadi dan gaul rata.

- Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat tadi dan ratakan tetapi jangan terlebih gaul atau menggaul terlalu laju.

- Tuang adunan yang dah siap digaul ke dalam loyang 10inci x 10inci yang telah dilapikkan dengan kertas kek atau parchment paper / kertas minyak (same je pun) Boleh jugak nak oleskan mentega sekali tapi tak buat pun takpe.

- Bakar adunan tadi dalam oven yang dah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C dan bakar selama 30 minit mengikut suhu ketuhar masing - masing.

- Setelah masak,sejukkan dulu dalam oven dengan pintu oven dibuka sedikit / separuh dan setelah agak sejuk atau suam boleh keluarkan tapi seeloknya biarkan sejuk dulu kemudian baru potong supaya brownies tak hancur masa potong ye.

- Kalau dibuat dengan mengikut cara - cara ni dengan betul insyaAllah menjadi je kedutnye dan tekstur dia pun sangat lembap,lembut dan padat atau fudgy tapi bukan jenis chewy tau.Untuk brownies kedut versi chewy nanti Izzati post resepi dia ye,tunggu update baru nanti okay ^^ ..


Versi Gambar.. (Sorry as it's not very complete but still got the important step from first to last,next time I bake again,i'll make sure I snap every single step and put it here,hehe ..)















- SIAP! / DONE! -


Thanks a Bunch for Reading this Entry! ~

Saturday, 12 December 2015

Resepi #Izzatikitchen : Iced Green Tea / Matcha Milk / Susu Teh Hijau Ais. (Edisi Mudah Ya Amat).



As - Salam

Mohon SKIP ke resepi terus kalau taknak membaca kisah perjalanan mencari green tea milk edisi Izzati ye *entah ape-apeje* ..

Sekarang ni kan musim teh hijau,melambak dan berduyun-duyun orang menjual dan beli.. Izzati pun memang suka sangat dengan green tea even before green tea jadi viral heheh.. makanya Izzati pun pegi le mencari di kuala dan kawan-kawan Izzati yang recommendkan stall air mana yang sedap,memule nak pergi beli kat Brader Kopi tapi 2-3 kali pergi asyik takda rezeki je (asal pegi je tutup asal tutup je pergi *lawak hambar lagi entah ape-ape* sampai naik menyampah kot hahaha ..

Lepastu kawan Izzati perkenalkan green tea milk yang dijual dalam arena kuala,jenama dia lupe la pulak tapi logo gambar baby,anak owner tu kot.. dia guna bekas bermacam jenis dan kita boleh pilih nak guna bekas ape,tapi harga ada yang lain-lain.Dari segi rasa sedap jugak dan kami pilih bekas 'Drink Bags',besar dan penuh jugak,sejujurnya bekas ziplock tu memang menarik perhatian dan nampak macam ala-ala hipseterss gituww.. *geli teman dengan ayat sendiri* pandai diorang tarik pembeli kan,good marketing strategy heheh ..

Lepastu ada kawan-kawan lain pulak yang suruh try rasa green tea milk di Border's Tea,memang betul sedap,antara yang tersedapla pada tekak Izzati la,pekat dan gedabak besar,untuk orang yang kuat minum macam Izzati ni memang best la.. Bancuhan dia pekat dan tak tawar lepastu tambah Rm00.50sen je untuk bekas size XL,diorang jugak ada buat minuman panas dan bekas size L diorang pun nampak 'mewah' dan hipsters ugak *erkk??*..

- TAMAT Sudah Alkisah Ini -
*I know its weird.. just ignore it..*


RESEPI SUSU TEH HIJAU (Buatan Sendiri / Homemade).


Bahan - Bahan :-

- Serbuk Teh Hijau / Green Tea Powder / Matcha Powder / Green Tea Leaf / Daun Teh Hijau (hat ni Izzati guna daun teh hijau yang dikisar kasar).
(same je semua cuma nama aje lain,lagi mahal selalunya lagi berkualiti dan kalau dapat yang premium quality atau organik punya lagi best).

- Susu Pekat
(sebagai pemanis dan perasa susu,wajib letak).

- Susu Cair
(sebagai penambah rasa lelemak manis tapi tak over sangat pun dan optional tapi kalau letak ni lagi sedapla rasa dia).


Cara - Cara : -

- Masukkan satu sudu serbuk teh hijau kedalam air panas / suam kemudian rendamkan sekejap dan tapis.

- Masukkan pula dua sudu susu pekat manis (ikut citarasa masing-masing) dan akhir sekali masukkan dua sudu susu cair (yang ni pun ikut citarasa masing-masing ye).

- Kacau sebati sambil berzikir / selawat Nabi dan kacau ikut arah lawan jam tau.

- Lepastu kalau nak minum panas atau suam boleh terus minum dan kalau nak sejuk boleh letak dalam peti sejuk atau letak ais.

- Recipe DONE! -


Izzati tak beli yang jenis serbuk tu (selalunye kalau jenis serbuk asal dia dari Jepun dan selalunye harga mesti mahal pasal kualiti dia elok),yang ni produk halal dari Thailand,kebanyakan stall air yang jual air greentea guna teh hijau jenama ni.Teh ni Izzati beli kat instashop je .. dah melambak orang jual,offline pun dah ada rasanye ..




Hat ni sume Izzati punye gambar,maaple gambonye idokle lawo pon .. tapi boleh le jelas nampok ape dia mendenye yang dicapturekan .. hahaha ..


Bau dia perghh~ memang harum semerbak dan dia punye warna air tapisan pun warna hijau kuat .. rasa risau pun ada jugak pasal takut kot diorang guna pewarna atau terlalu banyak pewarna tiruan .. Apa-apa pun jangan minum selalu ehh .. minum bersederhana je okay ..



Notis Penting : Kalau ada yang rasa nak buat ni pun susah mohon potong tangan dan korek otak keluar  sebab pemalas sangat.* buttt .. sometimes i'm included.. ngek sangat kan.. I know the feelings..*.


*Maklumat Tambahan : Dekat instagram ada banyak orang jual serbuk green tea tu,korang kena survey dan pilih harga yang rendah tapi jangan sampai tertipu dah la okay,dekat kedai runcit atau bakeri pun mungkin dah ada yang jual,cuba tengok nanti kalau andaikata nak beli,selalunya kalau dekat kedai bakeri yang high standard ni diorang jual serbuk green tea yang organik atau yang kualiti tinggi,dulu Izzati ada pergi kedai bakeri nak beli barang kek dan terjumpa serbuk green tea tapi tak ingat berape gram atau 1kg,rm83.++ tak silap,1kg kot,kualiti tinggi dan organik tak silap,insyaAllah akan dibeli *inserts happy face* muwahahah xP .. Mohon abaikan kalau rasa pelik..


Okaylah tu aje rasenya untuk entry kali ni,nanti Izzati akan update entry ni dan masukkan gambar step by step Izzati buat air ni.. Till then,see ya next time! Mmuahh!..


Thanks a Bunch for Reading this Entry! ~